Ilmu Rijal
merupakan ilmu yang sangat penting dalam memberi informasi yang diperlukan ketika membuat penilaian terhadap perawi hadith,
malangnya ilmu ini lewat dikeluarkan oleh Kaum Syiah sehingga membuatkan Ilmu
rijal mereka boleh musnah ditangan mereka sendiri. Berikut adalah contoh bagaimana Hadith Sahih Syiah yang menghancurkan sistem rijal Syiah sendiri.
Riwayat Pertama
* محمد بن يحيى، عن
أحمد بن محمد، عن ابن محبوب، عن جميل بن صالح، عن أبي عبيدة الحذاء قال: سمعت أبا جعفر
( عليه السلام ) يقول: ( والله إن أحب أصحابي إلي أورعهم وأفقههم وأكتمهم لحديثنا وإن أسوأهم عندي حالاً وأمقتهم
للذي ( الذي ) إذا سمع الحديث ينسب إلينا ويروى عنا فلم يقبله إشمأز منه وجحده وكفَّر
من دان به وهو لا يدري لعل الحديث من عندنا خرج وإلينا اسند، فيكون بذلك خارجا عن ولايتنا ) الكافي ج
2 ص 223/ مختصر بصائر الدرجات ص98/ وسائل الشيعة (آل البيت) ج27 87/ مستدرك الوسائل
ج1 ص80/ الكافي ج2 ص223/ البحار ج2 ص186 -
Muhammad b Yahya,
daripada Ahmad b Muhammad, daripada ibnu Mahbub, daripada Jamil b Soleh, daripada Abu Ubaidah
al-Haza’ katanya: “ Aku mendengar Abu Jaafar a.s berkata: (“Demi Allah
sesungguhnya sahabatku yang paling kukasihi yang yang paling warak dan paling
faqih dan paling menyembunyikan riwayat kami. Dan yang paling buruk halnya dan
paling dibenci ialah mereka yang apabila mendengar hadis yang dinisbahkan
kepada kami dan yang diriwayatkan daripada kami maka dia tidak menerimanya,
membenci dan mengkafirkan sesiapa yang mematuhinya.Sedangkan dia tidak tahu
barangkali hadis tersebut datang daripada kami dan disandarkan kepada
kami.Dengan demikian dia terkeluar daripada penjagaan kami”) – al-Kafi juz 2
m/s 223.Mukhtasar Basa'er AlDarajat m/s.98/Wasae'l Al-Shia juzuk 27 Mustadrak AlWasael juzuk.1 m/s.87 Al-Kafi juzuk.2 m/s.80 Bihar Al-Anwar juzuk.2 m/s:187
Riwayat Kedua:
* عن أحمد بن محمد بن
عيسى عن الحسين بن سعيد ومحمد بن خالد البرقي عن عبد الله بن جندب عن سفيان بن السمط
قال قلت لابي عبد الله (ع) جعلت فداك يأتينا الرجل من قبلكم يعرف بالكذب فيحدث بالحديث فنستبشعه فقال أبو عبد الله
(ع) يقول لك اني قلت الليل انه نهار والنهار انه ليل قلت لا قال فان قال لك هذا اني
قلته فلا تكذب به فانك انما تكذبني ) مختصر بصائر
الدرجات للحسن بن سليمان الحلي ص 76 وفي طبعة أخرى ص 234 / البحار ج2 ص211.
Daripada Ahmad b
Muhammad b Isa drpd al-Husin b Said dan Muhammad b Khalid al-Barqi drpd
Abdullah b Jundub daripada Sufyan b as-Samt katanya aku berkata kepada Abu Abdullah
a.s aku
menjadikan diriku tebusan anda, seorang
lelaki yang datang kepada kami
yang dikenali dengan dustanya.Maka dia menyebut dengan sebuah hadis.Maka kami
menganggap dia menjijikkan.Abu Abdullah a.s berkata: “Adakah dia mengatakan
kepadamu bahawa aku mengatakan malam itu siang dan siang itu malam? Maka kataku
“Tidak”.Katanya: “Maka sekiranya dia katakan kepada kamu sedemikian bahawa aku
yang mengatakan jangan katakan dia penipu.Atau anda memanggil saya pembohong.”
– al-Bihar juzuk 2 m/s 211. Mukhtasar Basa'er AlDarajat m/s98/Wasae'l Al-Shia
juzuk.27 Mustadrak AlWasael juz.1 m/s.87
Al-Kafi juz.2 m/s.80 Bihar Al-Anwar juz.2 m/s 211
Riwayat ketiga:
*الصفار حدثنا محمد بن الحسين عن محمد بن اسماعيل عن حمزة
بن بزيع عن علي السناني عن أبي الحسن (ع) انه كتب إليه في رسالة: ( ... ولا تقل لما
بلغك عنا أو نسب الينا هذا باطل وان كنت
تعرفه خلافه فانك لا تدري لم قلنا وعلى أي وجه وصفة ) بصائر الدرجات لمحمد بن الحسن
الصفار ص 558/ الكافي ج8 ص25/ البحار ج2 ص209
As-Safar riwayatkan drpd Muhammad b al-Hasan drpd Muhammad b Ismail drpd
Hamzah b Bazigh drpd Ali as-Sanani drpd Abul Hasan a.s bahawasanya dia menulis
kepadanya dalam risalah: ( ...Jangan katakan ketika sampai kepadamu daripada
kami atau dinisbahkan kepada kami : “Ini adalah batil sekalipun engkau
mengetahui yang sebaliknya.Sesungguhnya engkau tidak tahu kenapa kami
mengatakan demikian dan di atas jalan dan sifat apakah yang kami katakan.)
al-Kafi juz 8 m/s 25, al-Bihar juz 2 m/s 209.
Riwayat keempat:
*أحمد
بن محمد بن خالد البرقي، عن محمد بن اسماعيل، عن جعفر بن بشير، ( عن أبي الحصين ) عن
أبي بصير، عن أبي جعفر (ع) أو عن أبي عبد الله (ع) قال: ( لا تكذبوا الحديث إذا أتاكم به مرجئي ولا قدري ولا حروري ينسبه إلينا فانكم
لا تدرون لعله شئ من الحق فيكذب الله فوق عرشه ) المحاسن لأحمد بن محمد بن خالد البرقى
ج 1 ص 230/ علل الشرائع ج2 ص395
Ahmad b Muhammad b Khalid al-Burqi, daripaad Muhammad b Ismail, drpd Jaafar b
Basyir, daripada Abul Hasin drpd Abu Basir, daripada Abu Jaafar a.s atau Abu Abdullah
a.s katanya: ( Jangan kamu mendustakan hadis jika dibawakan kepada kamu oleh
seorang Murjiah, Qadariah atau Hururi jika mereka menisbahkannya kepada
kami.Sesungguhnya kamu tidak tahu bahawa ia mungkin sesuatu yang benar maka
kamu mendustakan Allah di atas ArasyNya) – Ilalusy Syara’ik juz 2 m/s 395
p/s: Kesemua Perawi dalam riwayat diatas adalah Tsiqah menurut kitab Syiah sendiri dan hadith ini diterjemahkan dari Laman Web Syiah
Diterjemahkan oleh Ustaz Amir Azmi
No comments: