Kaum Syiah Rafidhah terutamanya di Malaysia dan
Indonesia sering sahaja menjaja Amman Message yang dipersetujui oleh beratus-ratus
ulama dan pemimpin Negara Islam. Benarkah Amman Message tersebut adalah untuk
mengiktiraf Syiah? Ini kita akan jawab satu persatu dan akan buktikan bahawa
Amman Message bukanlah senjata Syiah, tetapi ia merupakan senjata Sunni !!!
Terdapat 3 point dalam Amman Message dan Syiah akan
memutarbelitkan Point yang pertama, maka penulisan ini hanya memfokuskan pada
point pertama yang diputarbelitkan Syiah.
Amman Message:
Point Pertama
Baik, mari kita bedah tuntas Point yang pertama dalam
Amman Message ini, kita akan pecahkan lagi supaya pembaca faham dan boleh
jelaskan kembali kepada kaum Syiah
Pecahan Pertama:
Dalam teks diatas inilah yang PALING popular dikalangan
Kaum Syiah, oleh kerana teks diatas inilah mereka bersorak bahawa dunia Islam
mengiktiraf akidah mereka dan tidak boleh mengkafirkan mereka. Mari kita bedah
kenyataan diatas.
Ramai yang terlepas pandang perkataan ‘jurisprudence’.
Disinilah ramai yang tertipu dengan klaim Syiah mengatakan bahawa akidah mereka
adalah akidah yang lurus. Apakah maksud perkataan ‘jurisprudence’?
Maksud perkataan ‘jurisprudence’? adalah undang-undang,
hukum hakam dan dalam bahasa mudahnya adalah fiqh ! Jadi apa maksud teks
diatas? Maksudnya adalah:
Barang siapa yang mengikuti fiqh Jaafari tidak boleh
dikafirkan. apa maksud mengikuti fiqh (Jurisprudence/hukum hakam)? contohnya
adalah:
1-
Ambil wudhuk
mengikut kaedah Syiah
2-
Solat ikut kaedah
Syiah
3-
Tayammum ikut
kaedah Syiah
Jadi ini adalah sebahagian permasalahan fiqh dalam
Syiah yang jika ada orang Islam mengikuti fiqh ini, maka ia tidak dijatuhi
hukuman kafir. Jadi apa hukumnya? hukum perbahasannya adalah sekitar Haram dan
Halal sahaja, tidak sampai kafir murtad kerana ini adalah perbahasan fiqh,
bukan perbahasan akidah. Begitulah maksud perenggan ini, bukan ia bermaksud
mengiktiraf akidah Syiah yang sesat, namun ia sekadar menyatakan bahawa jika
mengikut hukum hakam dalam Syiah, maka ia tidak sampai kafir. Setakat itu
sahaja, Syiah pula menjaja dan memutarbelit Amman Message ini dengan licik
sekali, mereka memusing dengan mengatakan bahawa akidah mereka diterima oleh
dunia Islam. Naudzubillahi Min Dzalik !!
Pecahan Kedua:
Seterusnya dalam Seksyen ini, Amman Message membawakan
fatwa Syaikhul Azhar dan berhujjah dengannya, iaitu tidak boleh mengkafirkan
mana-mana dari golongan yang mengaku mengikuti manhaj akidah :-
1-
Ash’ari
2-
Tasawwuf (sufi)
yang benar
3-
Salafi yang benar
Jadi Amman Message hanya bersetuju dengan dan menulis 3
golongan ini sahaja yang tidak boleh dikafirkan. Soalan kami, kenapa tidak
memasukkan akidah Syiah Imamiah dalam perbahasan Akidah supaya tidak
dikafirkan? Mengapa hanya 3 golongan ini sahaja disebut? Ini menunjukkan
terangnya seperti matahari bahawa TIDAK ADA larangan pengkafiran kepada Akidah
Syiah Imamiah dan mana-mana selain dari 3 golongan diatas. Maka, dengan ini
Amman Message tidak sama sekali mengiktiraf akidah Syiah Imamiah !!
Kalian lihatlah bagaimana Syiah memutarbelitkan fakta
sehingga ramai yang tertipu dengan permainan mereka.
Pecahan terakhir:
Tidak boleh mengkafirkan mana-mana kumpulan Islam yang :-
1-
Percayakan Tuhan
2- Percayakan Rasul
3-
Percayakan Rukun
Iman
4-
Percayakan Rukun
Islam
Kita bedah satu persatu tentang hal ini dengan menggunakan
kitab Syiah sendiri, kita mulakan dengan 1 dan 2 iaitu Percayakan Tuhan dan
Rasul, adakah Syiah percayakan Tuhan dan Rasul? Jawapannya adalah YA.
Persoalannya adalah siapa Tuhan dan Rasul mereka? sama seperti orang Islam (Sunni)?
biarkan kitab mereka yang menjawab mereka sendiri:
Syiah memiliki Tuhan dan Nabi yang berbeza dengan Tuhan
dan Nabi-nya kaum Muslimin, Sayyid Nikmatullah Al-Jazairi –seorang ulama
rujukan Syiah- mengatakan,
وحاصله إنا لم نجتمع على إله ولا على نبي ولا
على إمام، وذلك أنهم يقولون أن ربهم هو الذي كان محمد صلى الله عليه وسلم نبيه وخليفته
بعده أبو بكر. ونحن لا نقول بهذا الرب ولا بذاك النبي، بل نقول إن الرب الذي خليفته
أبو بكر ليس ربنا ولا ذلك النبي نبينا.
Kesimpulannya: kita (Syiah Imamiyah dan Ahlus
Sunnah) tidak satu Tuhan, tidak satu Nabi dan tidak satu Imam. Kerana, Tuhan
yang mereka (Ahlus Sunnah wal Jamaah) akui adalah Tuhan yang menjadikan
Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai Nabi-Nya dan Abu Bakar sebagai
khalifahnya sepeninggalan beliau, sedangkan kami (Syiah Imamiyah) tidak
mengakui Tuhan yang seperti ini. Akan tetapi Tuhan yang menjadikan Abu Bakar
sebagai khalifah bukanlah Tuhan kami, dan Nabi itu pun bukanlah Nabi kami.
(Al-Anwar Annu’maniyyah, Sayyid Nikmatullah Al-Jazairi, jilid 2, hlm. 278,
Mu’assasah Al-‘Alami Lil Matbu’at, Beirut, Lebanon.)
Biar pembaca nilai sendiri kenyataan mereka itu, ini
kerana mereka memasukkan urusan Imamah dalam usul agama mereka sebagai rukun
Iman dan Rukun Islam. Sekaligus jika kita membantah rukun/tiang iman dan agama,
pastinya akan terkeluar dari Agama Islam.
Seterusnya kita pergi ke point seterusnya iaitu
Percayakan Rukun Iman dan Rukun Islam, berikut ini merupakan Rukun Iman dan
Islam Syiah
Rukun Iman versi Syiah,
(1) Tauhid, (2) Adalah (percaya pada keadilan ilahi), (3) Nubuwwah, (4) Imamah,
(5) Al-Ma’ad (percaya pada hari akhir)
Rukun Islam versi Syiah,
(1) Shalat, (2) Puasa, (3) Zakat, (4) Khumus (kewajiban mengeluarkan seperlima
harta), (5) Haji, (6) Jihad, (7) Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar, (8) Tawalla
(membenci apa yang dibenci Rasul saw dan ahlul baitnya), (9) Tabarra (mencintai
apa yang dicintai Rasul saw dan Ahlul Baitnya), (10) Amal Shaleh (Lihat buku 40
Masalah Syiah, Emilia Renita Az, Buku pedoman dakwah IJABI).
Syiah mempunyai Rukun dan Tiang Agamanya tersendiri dan
berbeza dengan Rukun dan Tiang Agama Islam yang sebenar. Jadi Syiah tidak masuk
dalam kepercayaan kepada rukun Iman dan Islam seperti yang ditulis dalam Amman
Messagge tersebut kerana jika mereka percaya, mereka tidak akan ubah dan
menambah-nambah dasar Agama yang sudah lengkap ini.
Nasihat kepada Kaum Syiah, sudah-sudah lah kalian
memutarbelitkan fakta dalam Amman Message ini, semoga Allah memberi hidayah
kepada kalian.
No comments: