Select Menu

clean-5

Wisata

Budaya

Kuliner

Kerajaan

kota

Suku

» »Unlabelled » 4 Hadith Sahih Syiah Yang Menghancurkan Ilmu Rijal Syiah Sendiri




Ilmu Rijal merupakan ilmu yang sangat penting dalam memberi informasi yang diperlukan ketika membuat penilaian terhadap perawi hadith, malangnya ilmu ini lewat dikeluarkan oleh Kaum Syiah sehingga membuatkan Ilmu rijal mereka boleh musnah ditangan mereka sendiri. Berikut adalah contoh bagaimana Hadith Sahih Syiah yang menghancurkan sistem rijal Syiah sendiri.







Riwayat Pertama


* محمد بن يحيى، عن أحمد بن محمد، عن ابن محبوب، عن جميل بن صالح، عن أبي عبيدة الحذاء قال: سمعت أبا جعفر ( عليه السلام ) يقول: ( والله إن أحب أصحابي إلي أورعهم وأفقههم    وأكتمهم لحديثنا وإن أسوأهم عندي حالاً وأمقتهم للذي ( الذي ) إذا سمع الحديث ينسب إلينا ويروى عنا فلم يقبله إشمأز منه وجحده وكفَّر من دان به وهو لا يدري لعل الحديث من عندنا خرج وإلينا    اسند، فيكون بذلك خارجا عن ولايتنا ) الكافي ج 2 ص 223/ مختصر بصائر الدرجات ص98/ وسائل الشيعة (آل البيت) ج27 87/ مستدرك الوسائل ج1 ص80/ الكافي ج2 ص223/    البحار ج2 ص186 -


Muhammad b Yahya, daripada Ahmad b Muhammad, daripada  ibnu Mahbub, daripada  Jamil b Soleh, daripada  Abu Ubaidah al-Haza’ katanya: “ Aku mendengar Abu Jaafar a.s berkata: (“Demi Allah sesungguhnya sahabatku yang paling kukasihi yang yang paling warak dan paling faqih dan paling menyembunyikan riwayat kami. Dan yang paling buruk halnya dan paling dibenci ialah mereka yang apabila mendengar hadis yang dinisbahkan kepada kami dan yang diriwayatkan daripada kami maka dia tidak menerimanya, membenci dan mengkafirkan sesiapa yang mematuhinya.Sedangkan dia tidak tahu barangkali hadis tersebut datang daripada kami dan disandarkan kepada kami.Dengan demikian dia terkeluar daripada penjagaan kami”) – al-Kafi juz 2 m/s 223.Mukhtasar Basa'er AlDarajat m/s.98/Wasae'l Al-Shia juzuk 27 Mustadrak AlWasael juzuk.1 m/s.87 Al-Kafi juzuk.2 m/s.80 Bihar Al-Anwar juzuk.2 m/s:187


Riwayat Kedua:


* عن أحمد بن محمد بن عيسى عن الحسين بن سعيد ومحمد بن خالد البرقي عن عبد الله بن جندب عن سفيان بن السمط قال قلت لابي عبد الله (ع) جعلت فداك يأتينا الرجل من قبلكم يعرف  بالكذب فيحدث بالحديث فنستبشعه فقال أبو عبد الله (ع) يقول لك اني قلت الليل انه نهار والنهار انه ليل قلت لا قال فان قال لك هذا اني قلته فلا تكذب به فانك انما تكذبني ) مختصر بصائر  الدرجات للحسن بن سليمان الحلي ص 76 وفي طبعة أخرى ص 234 / البحار ج2 ص211.  


Daripada Ahmad b Muhammad b Isa drpd al-Husin b Said dan Muhammad b Khalid al-Barqi drpd Abdullah b Jundub daripada Sufyan b as-Samt katanya aku berkata kepada Abu Abdullah a.s aku menjadikan diriku tebusan anda, seorang lelaki yang datang kepada kami yang dikenali dengan dustanya.Maka dia menyebut dengan sebuah hadis.Maka kami menganggap dia menjijikkan.Abu Abdullah a.s berkata: “Adakah dia mengatakan kepadamu bahawa aku mengatakan malam itu siang dan siang itu malam? Maka kataku “Tidak”.Katanya: “Maka sekiranya dia katakan kepada kamu sedemikian bahawa aku yang mengatakan jangan katakan dia penipu.Atau anda memanggil saya pembohong.” – al-Bihar juzuk 2 m/s 211. Mukhtasar Basa'er AlDarajat m/s98/Wasae'l Al-Shia juzuk.27 Mustadrak AlWasael  juz.1 m/s.87 Al-Kafi juz.2 m/s.80 Bihar Al-Anwar juz.2 m/s 211


Riwayat ketiga:


*الصفار حدثنا محمد بن الحسين عن محمد بن اسماعيل عن حمزة بن بزيع عن علي السناني عن أبي الحسن (ع) انه كتب إليه في رسالة: ( ... ولا تقل لما بلغك عنا أو نسب الينا هذا باطل وان    كنت تعرفه خلافه فانك لا تدري لم قلنا وعلى أي وجه وصفة ) بصائر الدرجات لمحمد بن الحسن الصفار ص 558/ الكافي ج8 ص25/ البحار ج2 ص209


As-Safar riwayatkan drpd Muhammad b al-Hasan drpd Muhammad b Ismail drpd Hamzah b Bazigh drpd Ali as-Sanani drpd Abul Hasan a.s bahawasanya dia menulis kepadanya dalam risalah: ( ...Jangan katakan ketika sampai kepadamu daripada kami atau dinisbahkan kepada kami : “Ini adalah batil sekalipun engkau mengetahui yang sebaliknya.Sesungguhnya engkau tidak tahu kenapa kami mengatakan demikian dan di atas jalan dan sifat apakah yang kami katakan.) al-Kafi juz 8 m/s 25, al-Bihar juz 2 m/s 209.


Riwayat keempat:


  *أحمد بن محمد بن خالد البرقي، عن محمد بن اسماعيل، عن جعفر بن بشير، ( عن أبي الحصين ) عن أبي بصير، عن أبي جعفر (ع) أو عن أبي عبد الله (ع) قال: ( لا تكذبوا الحديث إذا أتاكم  به مرجئي ولا قدري ولا حروري ينسبه إلينا فانكم لا تدرون لعله شئ من الحق فيكذب الله فوق عرشه ) المحاسن لأحمد بن محمد بن خالد البرقى ج 1 ص 230/ علل الشرائع ج2 ص395


Ahmad b Muhammad b Khalid al-Burqi, daripaad Muhammad b Ismail, drpd Jaafar b Basyir, daripada Abul Hasin drpd Abu Basir, daripada Abu Jaafar a.s atau Abu Abdullah a.s katanya: ( Jangan kamu mendustakan hadis jika dibawakan kepada kamu oleh seorang Murjiah, Qadariah atau Hururi jika mereka menisbahkannya kepada kami.Sesungguhnya kamu tidak tahu bahawa ia mungkin sesuatu yang benar maka kamu mendustakan Allah di atas ArasyNya) – Ilalusy Syara’ik juz 2 m/s 395


p/s: Kesemua Perawi dalam riwayat diatas adalah Tsiqah menurut kitab Syiah sendiri dan hadith ini diterjemahkan dari Laman Web Syiah 

Diterjemahkan oleh Ustaz Amir Azmi

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Kerajaan