Select Menu

clean-5

Wisata

Budaya

Kuliner

Kerajaan

kota

Suku

» »Unlabelled » Meluruskan Putar Belit Syiah Perihal Amman Message : Satu Analisis Ringkas



Kaum Syiah Rafidhah terutamanya di Malaysia dan Indonesia sering sahaja menjaja Amman Message yang dipersetujui oleh beratus-ratus ulama dan pemimpin Negara Islam. Benarkah Amman Message tersebut adalah untuk mengiktiraf Syiah? Ini kita akan jawab satu persatu dan akan buktikan bahawa Amman Message bukanlah senjata Syiah, tetapi ia merupakan senjata Sunni !!!


Terdapat 3 point dalam Amman Message dan Syiah akan memutarbelitkan Point yang pertama, maka penulisan ini hanya memfokuskan pada point pertama yang diputarbelitkan Syiah.


Amman Message:




Point Pertama



















Baik, mari kita bedah tuntas Point yang pertama dalam Amman Message ini, kita akan pecahkan lagi supaya pembaca faham dan boleh jelaskan kembali kepada kaum Syiah



Pecahan Pertama:












Dalam teks diatas inilah yang PALING popular dikalangan Kaum Syiah, oleh kerana teks diatas inilah mereka bersorak bahawa dunia Islam mengiktiraf akidah mereka dan tidak boleh mengkafirkan mereka. Mari kita bedah kenyataan diatas.


Ramai yang terlepas pandang perkataan ‘jurisprudence’. Disinilah ramai yang tertipu dengan klaim Syiah mengatakan bahawa akidah mereka adalah akidah yang lurus. Apakah maksud perkataan ‘jurisprudence’?


Maksud perkataan ‘jurisprudence’? adalah undang-undang, hukum hakam dan dalam bahasa mudahnya adalah fiqh ! Jadi apa maksud teks diatas? Maksudnya adalah:


Barang siapa yang mengikuti fiqh Jaafari tidak boleh dikafirkan. apa maksud mengikuti fiqh (Jurisprudence/hukum hakam)? contohnya adalah:


1-      Ambil wudhuk mengikut kaedah Syiah
2-      Solat ikut kaedah Syiah 
      3-      Tayammum ikut kaedah Syiah


Jadi ini adalah sebahagian permasalahan fiqh dalam Syiah yang jika ada orang Islam mengikuti fiqh ini, maka ia tidak dijatuhi hukuman kafir. Jadi apa hukumnya? hukum perbahasannya adalah sekitar Haram dan Halal sahaja, tidak sampai kafir murtad kerana ini adalah perbahasan fiqh, bukan perbahasan akidah. Begitulah maksud perenggan ini, bukan ia bermaksud mengiktiraf akidah Syiah yang sesat, namun ia sekadar menyatakan bahawa jika mengikut hukum hakam dalam Syiah, maka ia tidak sampai kafir. Setakat itu sahaja, Syiah pula menjaja dan memutarbelit Amman Message ini dengan licik sekali, mereka memusing dengan mengatakan bahawa akidah mereka diterima oleh dunia Islam. Naudzubillahi Min Dzalik !!


Pecahan Kedua:





Seterusnya dalam Seksyen ini, Amman Message membawakan fatwa Syaikhul Azhar dan berhujjah dengannya, iaitu tidak boleh mengkafirkan mana-mana dari golongan yang mengaku mengikuti manhaj akidah :-

1-      Ash’ari
2-      Tasawwuf (sufi) yang benar
3-      Salafi yang benar


Jadi Amman Message hanya bersetuju dengan dan menulis 3 golongan ini sahaja yang tidak boleh dikafirkan. Soalan kami, kenapa tidak memasukkan akidah Syiah Imamiah dalam perbahasan Akidah supaya tidak dikafirkan? Mengapa hanya 3 golongan ini sahaja disebut? Ini menunjukkan terangnya seperti matahari bahawa TIDAK ADA larangan pengkafiran kepada Akidah Syiah Imamiah dan mana-mana selain dari 3 golongan diatas. Maka, dengan ini Amman Message tidak sama sekali mengiktiraf akidah Syiah Imamiah !!


Kalian lihatlah bagaimana Syiah memutarbelitkan fakta sehingga ramai yang tertipu dengan permainan mereka.





Pecahan terakhir:




Tidak boleh mengkafirkan mana-mana kumpulan Islam yang :-


1-      Percayakan Tuhan
2-      Percayakan Rasul
3-      Percayakan Rukun Iman
4-      Percayakan Rukun Islam


Kita bedah satu persatu tentang hal ini dengan menggunakan kitab Syiah sendiri, kita mulakan dengan 1 dan 2 iaitu Percayakan Tuhan dan Rasul, adakah Syiah percayakan Tuhan dan Rasul? Jawapannya adalah YA. Persoalannya adalah siapa Tuhan dan Rasul mereka? sama seperti orang Islam (Sunni)? biarkan kitab mereka yang menjawab mereka sendiri:


Syiah memiliki Tuhan dan Nabi yang berbeza dengan Tuhan dan Nabi-nya kaum Muslimin, Sayyid Nikmatullah Al-Jazairi –seorang ulama rujukan Syiah- mengatakan,


وحاصله إنا لم نجتمع على إله ولا على نبي ولا على إمام، وذلك أنهم يقولون أن ربهم هو الذي كان محمد صلى الله عليه وسلم نبيه وخليفته بعده أبو بكر. ونحن لا نقول بهذا الرب ولا بذاك النبي، بل نقول إن الرب الذي خليفته أبو بكر ليس ربنا ولا ذلك النبي نبينا.

Kesimpulannya: kita (Syiah Imamiyah dan Ahlus Sunnah) tidak satu Tuhan, tidak satu Nabi dan tidak satu Imam. Kerana, Tuhan yang mereka (Ahlus Sunnah wal Jamaah) akui adalah Tuhan yang menjadikan Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai Nabi-Nya dan Abu Bakar sebagai khalifahnya sepeninggalan beliau, sedangkan kami (Syiah Imamiyah) tidak mengakui Tuhan yang seperti ini. Akan tetapi Tuhan yang menjadikan Abu Bakar sebagai khalifah bukanlah Tuhan kami, dan Nabi itu pun bukanlah Nabi kami. (Al-Anwar Annu’maniyyah, Sayyid Nikmatullah Al-Jazairi, jilid 2, hlm. 278, Mu’assasah Al-‘Alami Lil Matbu’at, Beirut, Lebanon.)


Biar pembaca nilai sendiri kenyataan mereka itu, ini kerana mereka memasukkan urusan Imamah dalam usul agama mereka sebagai rukun Iman dan Rukun Islam. Sekaligus jika kita membantah rukun/tiang iman dan agama, pastinya akan terkeluar dari Agama Islam.


Seterusnya kita pergi ke point seterusnya iaitu Percayakan Rukun Iman dan Rukun Islam, berikut ini merupakan Rukun Iman dan Islam Syiah

Rukun Iman versi Syiah, (1) Tauhid, (2) Adalah (percaya pada keadilan ilahi), (3) Nubuwwah, (4) Imamah, (5) Al-Ma’ad (percaya pada hari akhir)

Rukun Islam versi Syiah, (1) Shalat, (2) Puasa, (3) Zakat, (4) Khumus (kewajiban mengeluarkan seperlima harta), (5) Haji, (6) Jihad, (7) Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar, (8) Tawalla (membenci apa yang dibenci Rasul saw dan ahlul baitnya), (9) Tabarra (mencintai apa yang dicintai Rasul saw dan Ahlul Baitnya), (10) Amal Shaleh (Lihat buku 40 Masalah Syiah, Emilia Renita Az, Buku pedoman dakwah IJABI).


Syiah mempunyai Rukun dan Tiang Agamanya tersendiri dan berbeza dengan Rukun dan Tiang Agama Islam yang sebenar. Jadi Syiah tidak masuk dalam kepercayaan kepada rukun Iman dan Islam seperti yang ditulis dalam Amman Messagge tersebut kerana jika mereka percaya, mereka tidak akan ubah dan menambah-nambah dasar Agama yang sudah lengkap ini.


Nasihat kepada Kaum Syiah, sudah-sudah lah kalian memutarbelitkan fakta dalam Amman Message ini, semoga Allah memberi hidayah kepada kalian.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Kerajaan