Select Menu

clean-5

Wisata

Budaya

Kuliner

Kerajaan

kota

Suku

» »Unlabelled » Azan dan Iqamah Syiah adalah Bidaah Dholalah (Sesat)



Pendahuluan

Kesaksian ketiga dalam azan dan iqamah yang dilakukan oleh syiah adalah bidaah sesat, tujuan kami menulis ini adalah untuk menyedarkan syiah bahawa sistem hukum hakam mereka tidak konsisten dan bercanggah satu sama lain jika mereka membuka kitab mereka sendiri.







Umum mengetahui bahawa Azan Syiah berlainan dengan Azan Islam yang sebenar (sunni), yang dimaksudkan berlainan adalah  dimasukkan lafaz  "أشهد أن علي ولي الله".. apakah status Azan Syiah ini? Kita tidak perlu buka kitab sunni untuk menghukum syiah kerana mereka tidak akan terima kitab sunni, maka cukup kita berikan pada mereka kitab-kitab mereka sebagai pengajaran bahawa ajaran syiah adalah ajaran yang menyeleweng disisi mereka sendiri. Biar dalil kitab mereka yang menjelaskan status ajaran mereka sendiri.


Pertamanya, kesaksian ketiga dalam azan/iqamah ini ditentang dan dibantah keras oleh SEMUA ulama syiah sebelum bapa Majlisi (Muhammad Taqee Al-Majlisi) yang mati pada tahun 1080H (Lihat: Al-Majlisi I, RawDah Al-Muttaqoon). Kemudiannya, anaknya mempertahankan pendapat bapanya dengan mengatakan melakukan kesaksian ketiga dalam azan adalah tindakan yang sangat bagus.

Tidak ada hadith Syiah sendiri yang membenarkan perkara ini

Tidak ada satu pun hadith yang sahih dalam kitab-kitab syiah yang membenarkan untuk menambah kesaksian ketiga dalam azan dan iqamah, tidak ada satu pun yang mengatakan ia mustahab, tidak ada satu pun dalil yang menyokong perbuatan ini.









Riwayat Syiah sendiri yang berstatus Muwaththaq (dipercayai/’reliable’) secara langsung dari Imaam Muhammad Al-Baaqir dimana beliau menjelaskan jumlah bahagian dalam azan:


عَلِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عِيسَى بْنِ عُبَيْدٍ عَنْ يُونُسَ عَنْ أَبَانِ بْنِ عُثْمَانَ عَنْ إِسْمَاعِيلَ الْجُعْفِيِّ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا جَعْفَرٍ ع يَقُولُ الْأَذَانُ وَ الْإِقَامَةُ خَمْسَةٌ وَ ثَلَاثُونَ حَرْفاً فَعَدَّ ذَلِكَ بِيَدِهِ وَاحِداً وَاحِداً الْأَذَانَ ثَمَانِيَةَ عَشَرَ حَرْفاً وَ الْإِقَامَةَ سَبْعَةَ عَشَرَ حَرْفاً

"Ali b Ibrahim drpd Muhammad b Isa b Ubaid drpd Yunus drpd Aban b Usman drpd Ismail al-Ju’fi katanya Aku mendengar Abu Jaafar a.s berkata: “Azan dan Iqamat mempunyai 35 huruf maka beliau pun mengira dengan tangannya satu demi satu.Azan mempunyai 18 huruf dan Iqamah mempunyai 17 huruf”

Sumber:

· Al-Kaafi, Al-Kulaynee, Jilid. 3, m/s. 302 - 303, hadith # 3

Status:

· Al-Majlisi mengatakan hadith ini adalah Muwwaththaq

--> Mir'aat Al-'Uqool, Jilid. 15, m/s. 82


Berdasarkan hadith syiah yang dipercayai diatas, jika syiah menambah kesaksian ketiga dalam azan dan iqamah, azan akan menjadi 20 bahagian dan iqaamah akan mempunyai 19 bahagian. Jika digabungkan ia akan menjadi 39 bahagian dimana ia bercanggah dengan riwayat syiah sendiri yang diterima.

Mari kita lihat apa kata ulama-ulama utama syiah sebelum majlisi


Riwayat Pertama


      1)  Ini adalah apa yang Al-Sadooq (mati 381H) katakan berkenaan kesaksian ketiga:


هَذَا هُوَ الْأَذَانُ الصَّحِيحُ لَا يُزَادُ فِيهِ وَ لَا يُنْقَصُ مِنْهُ وَ الْمُفَوِّضَةُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ قَدْ وَضَعُوا أَخْبَاراً وَ زَادُوا فِي الْأَذَانِ مُحَمَّدٌ وَ آلُ مُحَمَّدٍ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ مَرَّتَيْنِ وَ فِي بَعْضِ رِوَايَاتِهِمْ بَعْدَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ عَلِيّاً وَلِيُّ اللَّهِ مَرَّتَيْنِ وَ مِنْهُمْ مَنْ رَوَى بَدَلَ ذَلِكَ أَشْهَدُ أَنَّ عَلِيّاً أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ حَقّاً مَرَّتَيْنِ وَ لَا شَكَّ فِي أَنَّ عَلِيّاً وَلِيُّ اللَّهِ وَ أَنَّهُ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ حَقّاً وَ أَنَّ مُحَمَّداً وَ آلَهُ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ وَ لَكِنْ لَيْسَ ذَلِكَ فِي أَصْلِ الْأَذَانِ وَ إِنَّمَا ذَكَرْتُ ذَلِكَ لِيُعْرَفَ بِهَذِهِ الزِّيَادَةِ الْمُتَّهَمُونَ بِالتَّفْوِيضِ الْمُدَلِّسُونَ أَنْفُسَهُمْ فِي جُمْلَتِنَا

“Ini adalah azan yang soheh, tidak ditambah padanya dan tidak dikurangkan daripadanya.Dan al-Mufawwidhah moga Allah melaknat mereka telah merekakan hadis dan menambah dalam azan مُحَمَّدٌ وَ آلُ مُحَمَّدٍ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ 2 kali.Dan dalam sebahagian riwayat mereka selepas أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللَّهِ ditambah أَشْهَدُ أَنَّ عَلِيّاً وَلِيُّ اللَّهِ 2 kali.Dan di antara mereka ada yang meriwayatkan dengan أَشْهَدُ أَنَّ عَلِيّاً أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ حَقّاً 2 kali.Dan tidak syak lagi bahawa Sayyidina Ali adalah wali Allah dan beliau adalah Amirul Mukminin yang sebenar dan sesungguhnya Nabi Muhammad dan kaum keluarganya Solawatullahi alaihim adalah sebaik2 makhluk.Tetapi bukan demikian yang terdapat dalam azan yang asal.Dan sesungguhnya aku sebutkan demikian adalah untuk diketahui dengan tambahan ini orang yang dituduh dengan tafweedh yang berselindung diri mereka di kalangan kami.”

Sumber:

- Al-Sadooq, Man Laa YaHduruh Al-Faqeeh, jilid. 1, m/s. 290 – 291


Riwayat Kedua


       2)  Al-Mufeed mengatakan tentang azan (langsung tidak menyebutkan kesaksian ketiga):


و الأذان و الإقامة خمسة و ثلاثون فصلا الأذان ثمانية عشر فصلا و الإقامة سبعة عشر فصلا

“Dan Azan dan Iqamah ada 35 fasal(bahagian).Azan mempunyai 18 fasal dan Iqamah mempunyai 17 fasal.”

Sumber:

-  Al-Mufeed, Al-Muqnee'ah, jilid 1, m/s.100


Riwayat Ketiga


       3)  Al-Tusi mengatakan berkenaan kesaksian ketiga dalam azan:

و أمّا ما روي في شواذّ الأخبار من قول: «أشهد انّ عليا وليّ اللّه و آل محمّد خير البريّة» فممّا لا يعمل عليه 
في الأذان و الإقامة. فمن عمل بها كان مخطئا

“Dan adapun apa yang diriwayatkan dalam hadis2 syaz(ganjil) drpd perkataan «أشهد انّ عليا وليّ اللّه و آل محمّد خير البريّة» maka di antara perkara yang tidak diamalkan dalam azan dan Iqamah.Maka siapa yang mengamalkannya dia telah melakukan kesilapan.”

Sumber:

             -  Al-Tusi, Al-Nihaayah fee Mujarrad Al-Fiqh wa Al-Fataawaa, m/s. 69


Selain itu juga ada riwayat lain disandarkan kepada Al-Tusi iaitu:

أنه ليس من فضيلة الأذان و لإكمال فصوله

"Sesungguhnya ia bukannya daripada fadilat azan dan ia juga tidak menjadikannya lebih lengkap"

Sumber:

-  Al-Tusi, Al-MabsooT fee Fiqh Al-Imaamiyyah, jilid 1, m/s. 99


Riwayat Keempat


    4)  Al-Muhaqqiq Al-hilli menghukumkan ia sebagai bidaah dalam tajuk الأذان ثمانية عشر، و الإقامة سبعة عش (azan mempunyai 18 bahagian dan iaqamah mempunyai 17 bahagian):

و ما يقال من الزيادة عن ذلك بدعة

"Dan sesuatu yang disebut daripada tambahan kepada perkara ini(azan dan iqamah) maka ia adalah bid’ah."

Sumber:

- Al-Muhaqqiq Al-Hilli, Al-Mu'tabar fee sharH Al-MukhtaSar, m/s. 141

Riwayat Kelima


    5)  “al-Hilli (m. 726H) mengatakan tentang kesaksian ketiga dalam azan:

و لا يجوز قول «إن عليا ولي اللَّه» و «آل محمد خير البرية» في فصول الآذان، لعدم مشروعيته

"Dan tidak harus menyebut «إن عليا ولي اللَّه» dan «آل محمد خير البرية» dalam bahagian2 azan kerana tidak disyariatkan."

Sumber:

-   'Allaamah Hilli, Nihaayah Al-aHkaam fee ma'rifah al-aHkaam, jilid 1, m/s 412

Riwayat Keenam


     6) berikutnya adalah Shaheed Al-Awwal (m. 786H) menyebutkan tentang kesaksian ketiga ketika azan:


وَ لَا يَجُوزُ اعْتِقَادُ شَرْعِيَّةِ غَيْرِ هَذِهِ فِي الْأَذَانِ وَ الْإِقَامَةِ كَالتَّشَهُّدِ بِالْوِلَايَةِ وَ أَنَّ مُحَمَّداً وَ آلَهِ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ وَ إِنْ كَانَ الْوَاقِعُ كَذَلِكَ

"Dan tidak harus beriktiqad disyariatkan selain perkara ini dalam azan dan iqamah seperti menyaksikan wilayah dan Nabi Muhammad dan kaum keluarganya sebaik2 makhluk sekalipun perkara tersebut adalah benar."

Sumber:

-  Shaheed Al-Awwal, Al-Lum'ah Al-Dimashqiyyah, m/s. 37

Riwayat Ketujuh

  
     7)  seterusnya ini adalah dari Shaheed Al-Thanee (m. 966H) mekmberi komentar tentang kesaksian ketiga dalam azan:


و لا يجوز اعتقاد شرعية غير هذه الفصول- في الأذان و الإقامة كالتشهد بالولاية لعلي ع و أن محمدا و آله خير البرية أو خير البشر- و إن كان الواقع كذلك فما كل واقع حقا يجوز إدخاله في العبادات الموظفة شرعا المحدودة من الله تعالى فيكون إدخال ذلك فيها بدعة و تشريعا كما لو زاد في الصلاة ركعة أو تشهدا أو نحو ذلك من العبادات و بالجملة فذلك من أحكام الإيمان لا من فصول الأذان

"Dan tidak harus beriktiqad disyariatkan selain bahagian2 ini pada azan dan iqamah seperti menyaksikan wilayah bagi Ali dan Nabi Muhammad dan kaum keluarganya sebaik2 makhluk atau sebaik2 manusia sekalipun perkara tersebut adalah benar.Tidak semua perkara yang benar itu harus dimasukkannya ke dalam ibadat ritual yang telah ditentukan drpd Allah Taala.Maka memasukkan perkara tersebut adalah bid’ah sebagaimana jika menambah dalam solat bilangan rakaat, tasyahhud dan sebagainya daripada segala ibadat.Kesimpulannya perkara ini termasuk dalam hukum2 Iman dan bukannya bahagian2 azan."

Sumber:

-  Shaheed Al-Thaanee, Al-RawDah Al-Bahiyyah fee SharH Al-Lum'ah Al-Dimashqiyyah, jilid 1, m/s. 70
- Shaheed Al-Thaanee, Al-RawDah Al-Bahiyyah fee SharH Al-Lum'ah Al-Dimashqiyyah, jilid. 1, m/s. 573
- Muhammad Jawaad Mughniyyah, Fiqh Al-Imaam Al-Saadiq, jilid. 1, m/s. 175

Riwayat Kelapan


        8)   Al-Muqqadis Al-Ardabille (m. 993H):

فينبغي اتباعه لأنه الحق، و لهذا يشنع على الثاني بالتغيير في الأذان الذي كان في زمانه صلى الله عليه و آله فلا ينبغي ارتكاب مثله مع التشنيع عليه

"Maka sepatutnya mengikutnya kerana perkara itu adalh benar.Kerana itu Syiah menuduh ke atas Khalifah kedua(Umar) mengubah azan yang dilaungkan pada zaman Nabi SAW.Maka adalah tidak wajar bagi mereka untuk mencontohi perbuatan itu"

Sumber:

         - Al-Muqqadis Al-Ardabillee (m. 993 AH), Majma' Al-Faa-idah wa Al-Burhaan fee SharH Irshaad Al-Adhhaan, jilid. 2, m/s. 181


Sebaik sahaja Majlisi berfatwa bahawa boleh menambah kesaksian ketiga., maka ada ulama syiah sezaman dengannya yang berfatwa beercanggah dengannya


Riwayat Kesembilan


        9)  ini adalah apa yang Al-Muhaqqiq Al-Sabzawaaree (d. 1090 AH) katakan berkenaan kesaksian ketiga dalam azan:


و أمّا إضافة أنّ عليّا وليّ اللَّه و آل محمّد خير البريّة و أمثال ذلك فقد صرّح الأصحاب بكونها بدعة و إن كان حقّا صحيحا إذ الكلام في دخولها في الأذان و هو موقوف على التوقيف الشرعي و لم يثب

"Dan manakala tambahan bahawa Ali wali Allah dan keluarga Nabi Muhammad SAW sebaik2 makhluk dan seumpama dengannya maka telah menjelaskan oleh Ashab( saya tak pasti apa dimaksudkan ashab sini) bahawa ia adalah bid’ah sekalipun perkara tersebut adalah benar.Perbiraan ini tentang measukkan perkara tambahan ini ke dalam azan sedangan azan adalah bergantung kepada Tauqif Syar’i( ketetapan Ilahi)."

Sumber:

-  Al-Sabzawaareee (d. 1090), Dhakheerah Al-Ma'aad fee sharH Al-Irshaad, jilid 2, m/s. 244

Hadith Syiah yang digunakan oleh Khoemini dan Majlisi dalah Hadith Dhoif/Palsu menurut sistem Syiah sendiri

Khomenini sendiri dalam Adaab Al-Salaah, Perbahasan 3, bab 4 mengatakan hadith-hadith yang mempunyai kesaksian ketiga adalah dhoif.


tetapi, malang sekali khoemini terkeliru kerana walaupun dia mengakui tidak ada hadith sahih, dia tetap berhujah dengan hadith yg lemah yang juga digunakan oleh majlisi untuk membuat bidaah tercela memasukkan kesaksian ketiga dalam azan. Hadith yang dimaksudkan adalah:


و روى القاسم بن معاوية قال قلت لأبي عبد الله ع هؤلاء يروون حديثا في معراجهم أنه لما أسري برسول الله رأى على العرش مكتوبا لا إله إلا الله محمد رسول الله أبو بكر الصديق فقال سبحان الله غيروا كل شي‏ء حتى هذا قلت نعم قال إن الله عز و جل لما خلق العرش كتب عليه لا إله إلا الله محمد رسول الله علي أمير المؤمنين و لما خلق الله عز و جل الماء كتب في مجراه لا إله إلا الله محمد رسول الله علي أمير المؤمنين و لما خلق الله عز و جل الكرسي كتب على قوائمه لا إله إلا الله محمد رسول الله علي أمير المؤمنين و لما خلق الله عز و جل اللوح كتب فيه لا إله إلا الله محمد رسول الله علي أمير المؤمنين و لما خلق الله إسرافيل كتب على جبهته لا إله إلا الله محمد رسول الله علي أمير المؤمنين و لما خلق الله جبرئيل كتب على جناحيه لا إله إلا الله محمد رسول الله علي أمير المؤمنين و لما خلق الله عز و جل السماوات كتب في أكنافها لا إله إلا الله محمد رسول الله علي أمير المؤمنين و لما خلق الله عز و جل الأرضين كتب في أطباقها لا إله إلا الله محمد رسول الله علي أمير المؤمنين و لما خلق الله عز و جل الجبال كتب في رءوسها لا إله إلا الله محمد رسول الله علي أمير المؤمنين و لما خلق الله عز و جل الشمس كتب عليها لا إله إلا الله محمد رسول الله علي أمير المؤمنين و لما خلق الله عز و جل القمر كتب عليه لا إله إلا الله محمد رسول الله علي أمير المؤمنين و هو السواد الذي ترونه في القمر فإذا قال أحدكم لا إله إلا الله محمد رسول الله فليقل علي أمير المؤمنين

"Dan meriwayatkan al-Qasim b Muawiyah katanya: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Mereka ini telah meriwayatkan hadis dalam kitab mereka tentang mi’raj bahawa ketika diperjalankan Rasulullah SAW Baginda melihat di atas arasy tertulis La Ilaha ILLALLAH, Muhd Rasulullah, Abu Bakar as-Siddiq.Maka katanya: Subhanallah.Mereka menukar setiap perkara hinggalah perkara ini.Kataku: Ya.Katanya: Sesungguhnya Allah tatkala mencipta arasy menulis di atasnya La Ilaha ILLALLAH, Muhd Rasulullah,Ali Amirul Mukminin.(sy ringkaskan…..: “Begitu juga ketika Allah mencipta air, Kursi, Luh, Israfil, Jibril, bumi, bukit, matahari, bulan…..”).Maka apabila salah seorang drpd kamu mengucap 2 kalimah syahadah maka katakana Ali Amirul Mukminin.”

Sumber:

- Al-Tabarasi, Al-Ihtijaaj, jilid 1, m/s. 158
-  Al-Majlisi, Bihaar Al-Anwaar, jilid. 27, bab. 10, m/s. 1, hadeeth #1
- Al-Majlisi, Bihaar Al-Anwaar, jilid 81, bab. 13, m/s. 112, hadeeth #1

Ada terlalu banyak perkara yang salah dan silap dalam hadith ini jika kita menuruti sistem hadith syiah sendiri antaranya:

1 -      Hadith ini tidak ada dalam mana-mana kitab sebelum Al-Tabarasi meriwayatkan dalam kitabnya.
2 -      Tidak ada sanad, yang hanya ada perawi utama.
3 -      perawi utama adalah majhul (tidak dikenali)
4 -      perawi utama itu tidak meriwayatkan sebarang riwayat dalam kitab syiah utama yang empat.
5 -      perawi ini hanya meriwyatkan hadith ini sahaja.


Jadi riwayat yang dibawa oleh khoemini dan majlisi ini sebenarnya jika kita tidak belajar ilmu riwayat syiah pun dan hanya menggunakan akal yang sihat sahaja kita sudah tahu bahawa perawinya cukup bermasalah.


Diingatkan pada kaum syiah supaya segera bertaubat kerana jika kamu belajar dan membaca kitab-kitab kamu sendiri akan tahu bahawa ajaran syiah ini rapuh dan rosak sebenarnya. wallahualam...







Diterjemahkan oleh Ustaz Amir Azmi
Disunting dari Website Syiah 










About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Kerajaan