Select Menu

clean-5

Wisata

Budaya

Kuliner

Kerajaan

kota

Suku

» »Unlabelled » Siri Perbezaan Versi-Versi Bible: 1 John 5:7


Pendahuluan

Penulisan ini merupakan penulisan ilmiah yang dibuat bukan atas dasar kebencian, tetapi atas dasar ilmu dan mencari kebenaran. Jika ada kesalahan atau pihak yang merasakan tulisan ini salah, pihak ARG bersedia menyemak dan menarik kembali mana-mana bahagian yang silap selepas penilaian ilmiah.


Adab Berbahas Dengan Golongan Bukan Islam


Sebagai orang Islam, ketika mengomentari Agama yang lain hendaklah dilakukan dengan cara beradab, antara adab-adab yang perlu dijaga adalah tidak memperlekehkan dan mengejek tuhan sembahan mereka:


"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. "  (AQ 6:108)


Selain itu juga orang Islam diperintahkan untuk menjaga lisan mereka serta menggunakan kaedah yang baik ketika berdakwah kepada sesiapun jua:


"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik" (AQ 16:125)


Dan pada asalnya kami tidak menganggap orang Kristian sebagai musuh kami:


"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani (Kristian)" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. " (AQ 5:82)


Beberapa Versi Bible Yang Digunakan


Dalam penulisan ini, bible yang digunakan adalah bible yang biasa digunakan oleh masyarakat awam iaitu New King James Version (NKJV), New International Version (NIV), manakala bible bahasa melayu pula ialah 'Berita Baik' dan juga satu lagi yang digunakan oleh aliran "No Denomination" iaitu Recovery Version (Versi Pemulihan).


Jika kita bertanyakan kepada orang awam kristian apakah perbezaan versi-versi bible tersebut, maka jawapan mereka adalah perbezaan antara versi-versi tersebut hanyalah perbezaan terjemahan. Kami akan membuktikan bahawa ia bukanlah perbezaan terjemahan semata-mata, tetapi terdapat ayat yang dimasukkan dan dikeluarkan, dimana ia menunjukkan bible satu versi dengan versi yang lain adalah tidak sama. Seksyen seterusnya kita akan lihat perbezaan versi-versi bible ini sebenarnya bukan terjemahan semata-mata,. namun ia satu bible yang berlainan antara satu sama lain.


Perbezaan dalam 1 John 5:7


Ini adalah gambar dari bible versi NKJV dan Bible versi NIV



NKJV







NIV





kemudian ini pula adalah gambar dalam 1 John 5:7 dalam bible versi NKJV dan versi NIV




NKJV 1 JOHN 5:7




NIV 1 JOHN 5:7



Berdasarkan keduanya kita dapati ada perbezaan iaitu 1 JOHN 5:7 dalam NKJV adalah:

"For there are three that bear witness in heaven:the Father, The Word, and the Holy Spirit; and these three are one."


Manakala dalam NIV pula:

"For there are three that testify:"


Jadi, selepas melihat kedua-dua bible ini, apakah ini boleh dinamakan sebagai terjemahan? ini bukan terjemahan, tetapi ini adalah perbezaan, hal ini berlaku kerana terdapat manuskrip yang berbeza dan tidak dapat dipastikan manuskrip mana yang betul, lantas terjadilah percanggahan sebegitu kerana masing-masing menggunakan manuskrip yang berbeza.

Oleh kerana perbezaan ini, ada beberapa persoalan yang timbul:


1- Jadi yang mana satukah manuskrip yang benar?

2- Apa kaedah digunakan untuk menilai manuskrip yang benar kerana tidak tahu siapa penulis manuskrip tersebut?

3- Kita dapat tahu disini bahawa terjadi perbezaan antara bible, lantas bagaimana ada jaminan ajaran agama terpelihara jika panduan tertinggi tidak ada jaminan keasliannya?


Apa yang pasti disini ialah bible-bible ini bukan perbezaan dari segi terjemahan, tetapi ia berbeza dari segi manuskrip.



Al-Quran Tidak Ada Yang Berbeza



Al-Quran telah dijamin pemeliharaan oleh Allah:


"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" (AQ 15:9)


Jaminan dari Allah ini terbukti benar kerana zaman ini jika kita pergi kemana sekalipun tidak akan kita jumpa perbezaan ayat-ayat alquran yang digunakan oleh orang Islam. Malah Seluruh isi Alquran dalam bahasa asal iaitu bahasa Arab dihafal oleh jutaan manusia muslim.


Allah juga mengancam bagi sesiapa yang menukar-nukar kalam Allah dalam Al-Quran atau Taurat atau Injil:


"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu"   (AQ 2:79)


Kesimpulannya, pemeliharaan keaslian kitab panduan memainkan peranan penting dalam sesuatu Agama, jika sesuatu kitab tidak dipelihara, akan terjadi perselisihan pendapat yang tajam dalam dasar agama selain runtuhnya keyakinan terhadap agama.


Bersambung ke siri seterusnya...



About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Kerajaan